Akaun amanpalestinn9.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Projek Wakaf  Telaga & Tangki Air Syria
PROJEK WAKAF TELAGA & TANGKI AIR DI ALEPPO, SYRIA



Syria kini semakin menjadi perhatian dunia. Pertumpahan darah berlaku setiap hari dan nyawa mereka yang tidak berdosa menjadi taruhan. Konflik di Syria ini juga telah mengakibatkan sebanyak 11.5% daripada rakyatnya terbunuh dan tercedera. Manakala lebih 4.5 juta rakyatnya terpaksa keluar mencari perlindungan di negara-negara jiran dan 6.7 juta rakyatnya masih kekal menjadi pelarian dalam bumi mereka sendiri terumatanya di Aleppo dan Idlib.

Konflik yang berlaku di Syria ini telah menyebabkan rakyat Syria kehilangan tempat tinggal serta terpaksa melarikan diri mencari perlindungan sementara di kem-kem pelarian. Menurut laporan penilaian daripada PBB, pada tahun 2016-2017 hampir 1.2 juta buah rumah rosak (400,000 daripadanya musnah sepenuhnya). Manakala selebihnya pula memerlukan tempat perlindungan dan ia menjadi penyebab mengapa rakyat Syria terpaksa melarikan diri, berpindah randah mencari perlindungan sementara dan dalam masa yang sama di Syria masih berlaku serangan.

Daerah Idlib dan kawasan utara serta barat Aleppo merupakan kawasan yang mengalami kerosakan yang amat teruk. Walaupun begitu, ia tetap menjadi tumpuan pelarian untuk mendiami kawasan tersebut. Kawasan yang terkenal dengan nama Dar’a atau juga dikenali dengan nama Euphrates Shield adalah satu kawasan penempatan yang dikatakan selamat daripada serangan bom udara sehingga ke hari ini. Telah berlaku peningkatan yang amat ketara iaitu tahun 2011 seramai 400,000 orang yang menetap di sana dan pada tahun 2017, jumlah bertambah menjadi 700,000 orang, 55% daripada jumlah tersebut adalah wanita. Terdapat 17 kem sebagai penempatan mereka, 7 daripada kem itu di Jarablus dan 10 kem di Azaz.

Keadaan yang berterusan ini menyebabkan mereka terpaksa berkongsi tempat yang sempit untuk berlindung. Ada juga yang terpaksa menyewa tempat tinggal dengan harga yang sangat tinggi. Bahkan ada di antara mereka yang menjadikan khemah sebagai tempat perlindungan. Keadaan tempat perlindungan yang tidak sempurna ini juga menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya dalam kehidupan sosial, lebih-lebih lagi isu keselamatan ke atas kaum wanita, remaja dan juga kanak-kanak.

Selain itu juga mereka memerlukan keperluan asas seperti air, makanan dan juga bekalan eletrik untuk meneruskan kehidupan. Gangguan bekalan asas ini sering berlaku dalam kehidupan seharian mereka di kawasan penempatan sementara ini.

Sekilas pandang projek

Projek ini telah dilaksanakan dengan usahasama Ataa Humanitarian Relief Organization. Projek Perkampungan Jarablus As Sakinah ini
bertujuan untuk menjamin keperluan dan perlindungan sebagai penyelesaian yang lebih kekal dan memberi tumpuan kepada
penyelesaiaan perumahan yang mampan. Projek ini telah mengambil kira semua perkhidmatan dan infrastruktur untuk kepentingan masa
depan serta berfungsi di rantau ini. Projek yang baik ini dirancang secara berperingkat untuk memastikan penduduk di kawasan ini
mempunyai sumber air minuman yang selamat.



Peringkat Pelaksanaan
1. Menyediakan infrastruktur telaga melalui tinjauan geologi.
Pemilihan secara terancang ini akan memberi sumber air
yang mencukupi sebagai bekalan di kediaman untuk
beberapa tahun akan datang.

2. Menyediakan kelengkapan tangki, pam dan generator
Setiap perkara ini perlu dikaji untuk menjamin penghantaran
air ke setiap rumah dengan kadar 25 liter setiap hari.

3. Menyediakan saluran air utama
Setiap perkara ini perlu dikaji untuk menjamin penghantaran
air ke setiap rumah dengan kadar 25 liter setiap hari.

4. Kajian teknikal oleh ahli profesional
Kajian ini dilakukan secara teknikal oleh ahli professional
untuk memastikan bahawa jumlah bekalan air mencukupi
bagi semua penduduk.

5. Memeriksa kualiti kejuteraan
Kualiti kejuruteraan juga telah diambil perhatian di mana
perancangan dan reka bentuk serta kos pembinaan telah
dikaji mengikut syarikat kejuruteraan khas


Projek ini telah direka secara teknikal mengikut asas kejuruteraan untuk memastikan kemampanan dibentuk seperti berikut:

1. Kemudahan infrastruktur yang serba lengkap dengan peralatan teknikal
dan elektrikal
2. Memastikan rangkaian air utama ke rumah
rumah tidak terganggu.
Mengelakkan berlaku gangguan sumber air dengan membahagikan
projek secara teliti iaitu setiap unit dengan satu talian air.
3. Projek ini juga telah mengambil kira keperluan air bagi
sektorperkhidmatan dan bangunan awam
4. Melengkapkan sistem air bersepadu,yang mampu menyalurkan
keperluan bekalan air kepada semua unit keluarga pada waktu biasa,
waktu puncak dan juga waktu yang paling sukar.



Perlukan bantuan?