TABUNG KITA BANTU KITA 3.0
TABUNG PERWIRA : "KITA BANTU KITA"
'Total Lockdown' Di Seluruh Negara Disambung Sehingga 28 Jun
KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan perkara itu diputuskan dalam Sidang Media Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin, pada Jumaat.
Sumber: Astro Awani (11 Jun 2021)
Justeru itu, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira telah melancarkan Tabung Perwira : kKITA BANTU KITA 3.0 untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 'Total Lockdown'.
Ayuh bersama-sama kita hulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga Allah menerima amal kebaikan kita dan dipermudahkan urusan kita dunia dan akhirat.
Berikut antara Bantuan Aman Palestin kepada rakyat Malaysia:

Bantuan Bakul Ramadan

Bantuan di Sabah

Bantuan Laptop Sekolah

Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur dan Johor