Akaun amanpalestinn9.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Sedekah Jumaat

Tabung Sedekah Jumaat

INFAK DI HARI JUMAAT


Hari Jumaat penghulu segala hari.


Hari jumaat ialah hari yang cukup istimewa dan ramai menantikan kedatangan penghulu segala hari ini. Selain menandakan hampir memasuki hari hujung minggu, hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hambaNya.





Kelebihan pada Hari Jumaat


1. Hari Mustajab berdoa


Rasulullah SAW bersabda:


"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan, melainkan Allah  SWT memakbulkan doanya atau meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan."


(Hadis riwayat Tarmizi)


Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu

1. Pada waktu Imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat
2. Pada akhir waktu Asar.

Ibn Qayyim al-Jauzi mengatakan;

"Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih. Pertama saat duduknya khatib sampai selesai solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi."

(Zadul Ma'ad)




2. Dihapuskan dosa

Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. 

Sabda Rasulullah SAW:

"Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar"

(Riwayat Muslim)

3. Hari Lebih Utama Bersedekah

Kelebihan bersedekah pada hari jumaat jika dibandingkan dengan bersedekah pada hari-hari yang lain adalah sama seperti bersedekah pada bulan Ramadan.

Ibn Qayyim berkata:

"Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya."

Hadis dari Ka'ab menjelaskan:
"Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya"


=========================================


Jom bersama Aman Palestin untuk membantu rakyat Palestin yang sangat memerlukan!

“Barang siapa yang berusaha melapangkan suatu kesusahan kepada seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkannya dari suatu kesusahan di hari kiamat dan barang siapa yang berusaha memberi kemudahan bagi orang yang kesusahan, maka Allah akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang berusaha menutupi kejelekan orang Islam, Allah akan menutupi kejelekannya di dunia dan akhirat. Allah selalu membantu hamba-Nya selama hamba itu menolong sesama saudaranya.”

(HR. Muslim)






Perlukan bantuan?