Akaun amanpalestinn9.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tabung Pembinaan Hospital Aman Palestin di Gaza

Tabung Pembinaan Hospital Aman Palestin di Gaza

Tabung Pembinaan Hospital Aman Palestin di Gaza



Situasi di Palestin Memerlukan Hospital Mental


Peperangan pada tahun 2014 di Gaza telah membunuh 500 orang kanak-kanak.  PBB mengeluarkan laporan hampir 300,000 kanak-kanak Gaza memerlukan rawatan Psikologi.  Ramai yang mengalami trauma kerana melihat sendiri ahli keluarga dan rakan-rakan terbunuh di depan mata.



Rakyat Palestin di Gaza terdedah kepada pelbagai  risiko  hasil  daripada  penindasan  yang berlaku terhadap mereka dan hal ini membawa mereka kepada kehilangan perspektif diri, kemarahan, kekecewaan, kehinaan, dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar). 




Pada tahun 2010, satu kajian yang dijalankan selepas peristiwa Perang Furqan (Operation Cast Lead), mendapati bahawa hanya 1.3% kanak-kanak tidak  menunjukkan  tanda-tanda  “Post  Traumatic  Stress  Disorder”  (PTSD)  BERMAKNA 98.7% kanak-kanak mengalami PTSD . Berdasarkan data dan hasil kajian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Palestin-Wilayah Gaza telah menunjukkan bahawa  pesakit  yang  didiagnosis  dengan  PTSD  selalunya  memenuhi  kriteria   tepat  terhadap  penyakit kemurungan  ataugangguan  kecemasan  biasa  tetapi  tidak  memenuhi  kriteria  PTSD  secara keseluruhannya. Pemerhatian ini juga telah diakui oleh seorang Pakar Psikiatri Gaza; Dr. Eyad El Sarraj yang juga mendakwa 40% penduduk Palestin mengalami kemurungan. 



Jika kadar gangguan mental yang paling tinggi di Palestin adalah sama dengan kadar dunia, hal ini bermakna terdapat kira-kira 40,000 orang Palestin mengalami schizophrenia dan lebih kurang 400,000 orang yang akan mengalami satu atau lebih kemurungan dalam hidup mereka. WHO menganggarkan bahawa hanya 4,500 pesakit yang mencapai perkhidmatan rawatan setiap tahun. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Palestin percaya bahawa bilangannya lebih daripada itu.



Keadaan Hospital di Gaza


HOSPITAL DI GAZA HANYA MEMPUNYAI 35 KATIL SAHAJA !!

Bagaimana Hospital yang kecil sebegini nak merawat penduduk Gaza yang seramai 2 Juta orang penduduk !!

ini ialah Hospital lama di Gaza yang akan kita gantikan dengan sedikit sumbangan kita !!




Projek Pembinaan Pusat Rehabilitasi & Kesihatan Mental Gaza



JOM SERTAI PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL INI & KITA TUKAR KEPADA HOSPITAL BARU !!


Pusat Rehabilitasi dan Kesihatan Mental Semenanjung Gaza akan menjadi hospital pakar psikiatri dan mental pertama di Semenanjung Gaza yang memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan dan peluang pekerjaan.


 




Tujuan Projek

1. Meningkatkan bilangan katil untuk pesakit daripada 35 buah kepada 160 buah

2. Merupakan satu- satunya kemudahan kesihatan yang menawarkan 

perkhidmatan ini di Semenanjung Gaza

3. Menyediakan rawatan pesakit yang ketagihan

4. Menjadi pusat kecemerlangan

5. Sebagai pusat rujukan nasional untuk perkhidmatan

Perubatan Rehabilitasi dan Mental


6. Peluang pekerjaan kepada umat islam di Gaza.




Sasaran Projek


Sebanyak RM 20 Juta diperlukan bagi menampung kos perbelanjaan projek pembinaan Hospital Kesihatan Mental ini!

Perkembangan Terkini Projek


FASA PERTAMA PEMBINAAN- 03 jun 2020
Kementerian Kesihatan Palestin telah melaksanakan ujian tekanan tanah di tapak pembinaan Pusat Rehabilitasi dan Kesihatan Mental Semenanjung Gaza yang dilaksanakan oleh Aman Palestin Berhad.
Ujian tekanan tanah ini merupakan prosedur asas yang perlu dilaksanakan sebelum memulakan proses pembinaan.

Memorandum Persefahaman Aman Palestin Cawangan Gaza bersama Kementerian Kesihatan Gaza




=====================================================


Projek Yang Telah Berjaya Dilaksanakan Oleh Aman Palestin Berhad


KEJAYAAN AMAN PALESTIN 

1. MASJID IMAM AS SHAFIE, GAZA - USD 2.8 juta


2. SEKOLAH TAHFIZ MALAYSIA-GAZA - USD 1.7 juta




3.  SEKOLAH ANAK YATIM DAR EL-FADEELAH - USD 470,250



BERSAMA KITA BANTU MEREKA MENERUSKAN HIDUP YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH

PAHALA MENGALIR BERTERUSAN UNTUK KITA TANPA SEDIKIT PUN RUGI AKAN TABUNG SAHAM AKHIRAT INI



Perlukan bantuan?