IBADAH KORBAN DI DALAM ISLAM
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Memberi Makan Kepada Yang Memerlukan, Penyebab Masuk Syurga
Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
«وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصِلُوا الْأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ» رواه الترمذي
Maksudnya : "Berilah makan kepada yang memerlukan, ikatkanlah tali silaturrahim, dan solatlah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur, maka dengan itu kamu akan masuk syurga dengan selamat." (Hadith riwayat Tirmidzi)
KESUKARAN RAKYAT PALESTIN , SYRIA & YAMAN
Rekod WFP, seramai 7.9 juta rakyat Syria tidak mendapat bekalan makanan yang selamat di makan. Meningkat sebanyak 22% berbanding tahun sebelumnya.
Di Palestin pula seramai 1.6 juta penduduk Palestin gagal mendapatkan makan yang bernutrisi dan sihat. Iaitu 32.7% daripada keseluruhan penduduk Palestin.
Manakala di Yaman, lebih dari 20.1 juta penduduk Yaman yang menderita kelaparan kerana gagal mendpatkan bekalan makanan.
Gambar di atas adalah kanak-kanak Syria yang kutip sisa roti keras di atas tanah.
Gambar di atas pula, seisi keluarga Syria keluar mengutip rumput untuk dimakan.
Ini pula, roti keras dan kotor yang mereka kutip di sampah sarap.
HADIAHKAN DAGING KORBAN PALESTIN SYRIA & YAMAN
![]()
1. Kesukaran mereka mendapatkan bekalan daging menyebabkan mereka kekurangan zat protein. Ada kalangan mereka sudah bertahun-tahun tidak memakan daging.
2. Cukai yang amat tinggi dikenakan oleh pihak berkuasa Isr4.el bagi setiap haiwan korban yang diimport masuk ke Palestin.
3. Aman Palestin sentiasa memastikan makanan yang diberikan bagi haiwan-haiwan korban ini adalah dari produk yang berkualiti dan diimport dari luar negara.
4. Haiwan yang akan dikorban ini adalah terpilih dan sihat dengan purata berat mencecah 400-500kg (Lembu) dan 80-100 kg (Kambing)
![]()
![]()
LAPORAN KEMPEN IBADAH KORBAN 2021
![]()
AYUH SEMUA, JOM SERTAI KAMI DALAM
KEMPEN IBADAH KORBAN DI BUMI ANBIA 2022 BERSAMA AMAN PALESTIN
![]()
Soal Jawab Korban
1. SEDEKAH KORBAN TU DIKIRA IBADAH KORBAN ATAU TIDAK?
✅ Sedekah korban yang disediakan oleh Aman Palestin bukan untuk penyertaan mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban.
✅ Sedekah Korban merupakan satu platform untuk masyarakat bersedekah dengan kadar yang ditetapkan, tetapi tidak juga dihalang untuk mereka yang nak menyumbang kurang atau lebih dari RM350.
✅ Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan sempurna boleh menyertai ibadah korban Palestin, Syria dan Yaman.
2. MENGAPAKAH DIWUJUDKAN IBADAH KORBAN SEJUK BEKU?
Ibadah korban sejuk beku merupakan satu usaha Aman Palestin dalam memberikan bantuan yang berpanjangan buat warga Palestin.
Haiwan korban ini akan disembelih di Brazil dan India pada hari raya Qurban tahun ini. Daging yang telah siap dibungkus akan dibekukan dan dalam 3 hingga 4 bulan, daging korban tersebut akan diagihkan kepada masyarakat Palestin dan pada waktu tersebut merupakan permulaan kepada musim sejuk.
=========================================================================================
SASARAN AMAN PALESTIN BERHAD
Pada tahun 2022, Aman Palestin Berhad telah mensasarkan sebanyak RM 9,000,000 (RM 9 juta)untuk diagihkan kepada rakyat Palestin dan Syria. Antara tempat agihan daging korban adalah di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Al-Quds (Palestin), Damsyik, Utara Syria (Syria) serta kem-kem pelarian di Lubnan.
=========================================================================================
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim)