Akaun amanpalestinn9.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TAJAAN KAFALAH BAGI ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, KELUARGA MISKIN DAN DERMA SISWA



PENGENALAN AMAN PALESTIN


Aman Palestin Berhad adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khususnya untuk rakyat Palestin dan Syria. Badan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah SSM sebagai sebuah organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan menurut jaminan pada  3 Januari 2006.


Kami berada di seluruh negeri dari Perlis hingga ke Sabah, Indonesia dan Gaza untuk mengumpulkan dana dan menyalurkan sumbangan kepada saudara kita di Palestin & SyriaIbu pejabat Aman Palestin terletak di Bandar Baru Bangi, SelangorAman Palestin mempunyai cawangan di seluruh negara bagi memudahkan penyampaian maklumat, perlaksanaan program, ceramah, pameran dan lain-lain. 

LATAR BELAKANG PROJEK JOM TAJA 


Saban hari, ada sahaja berita pengeboman dan pembantaian ke atas penduduk Palestin dan Syria yang sehingga kini telah meragut jutaan nyawa tidak kira bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bahkan kemusnahan infrastruktur seperti rumah, sekolah, masjid dan bangunan-bangunan perniagaan tidak terkira banyaknya dan ianya cukup mustahil untuk dibangunkan semula kerana majoriti mereka tidak mempunyai pekerjaan serta hidup serba daif. Penderitaan mereka diburukkan lagi dengan rampasan tanah dan rumah oleh rejim Zionis sejak tahun 1948 hingga kini.

Atas maslahat tersebut, Aman Palestin mengambil inisiatif mewujudkan kempen Jom Taja bagi membela nasib anak-anak yatim, ibu tunggal, keluarga miskin dan mahasiswa Palestin yang menyambung pengajian di Malaysia .



Jom Taja Ibu Tunggal 



Ibu tunggal  menjadi ketua keluarga setelah kehilangan suami disebab kekejaman serangan zi.oni.s ke atas Palestin Seramai 4,000 wanita menjadi balu selepas peperangan Asfin Ma’kul pada tahun 2014. Jumlah terkini ibu tunggal yang masih mencari penaja adalah sebanyak 4,178 keluarga(ibu tunggal) 

Hanya RM100/bulan anda akan dapat membantu menampung keperluan hidup ibu tunggal sekeluarga ini di samping beroleh pahala memelihara anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka. Pastinya ini bakal menjadi pelaburan terbaik untuk akhirat buat para penaja.


“ Barangsiapa mempersiapkan (bekal) orang yang berperang di jalan Allah bererti dia telah berperang (mendapat pahala berperang). Dan barang siapa menjaga (menanggung urusan rumah) orang berperang di jalan Allah dengan baik bererti dia telah berperang. “


( H.R Bukhari )


Jom Taja Anak Yatim



Membantu anak yatim menjadi salah satu tanggungjawab yang digalas oleh Aman Palestin sejak tahun 2006. Sehingga kini seramai 2751 orang anak yatim berada di bawah tanggungan Aman Palestin. Setiap bulan mereka memerlukan RM180 untuk menampung perbelanjaan bulanan. Bantuan dari pihak anda dapat membantu anak-anak ini untuk meneruskan kehidupan mereka.


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]

 


Jom Taja Keluarga Miskin



UN melaporkan Gaza mengalami kerugian USD 16.7 bilion dari 2007-2018 disebabkan kepungan dan serangan Is.Rae.il ke atas Gaza. Kepungan dan tekanan ekonomi yang diberikan menyebabkan kejatuhan ekonomi Gaza. 50% penduduk Gaza tidak ada pekerjaan dan kadar kemiskinan meningkat lebih dari 50%. 80 % penduduk Gaza menerima bantuan dari kerajaan dan badan-badan kebaijakn dari luar. Kini anda boleh membantu mereka hanya dengan RM100/bulan. Dengan bantuan ini sebuah keluarga dapat meneruskan kehidupan mereka.


Jom Taja Dana Pendidikan


Bantuan ini menyediakan dana pendidikan buat pelajar-pelajar Palestin yang menyambung pengajian di Malaysia sahaja. Bantuan ini memberi peluang buat mereka mencapai kejayaan seterusnya dapat membantu mengubah masa hadapan mereka.Hanya RM50/bulan anda mampu membantu mereka mengejar cita-cita untuk berjaya.








15 TAHUN AMAN PALESTIN DIPERCAYAI DALAM MENGURUSKAN SUMBANGAN DANA DI PALESTIN & SYRIA.

Aman Palestin komited dalam menyampaikan hasrat dan amanah penyumbang kepada rakyat Palestin & Syria melalui pelbagai projek dan program yang telah dijalankan dari masa ke semasa. 





Ziarah Mahabbah pegawai Aman Palestin ke pejabat Dr Zulkifli Al-Bakri yang ketika itu merupakan Mufti Wilayah Persekutuan




Keratan akhbar NSTP infografik sumbangan yang telah disalurkan Aman Palestin pada 2019

Bagaimana Untuk Menyertai Penajaan Ini?

1. Anda boleh menyertai tajaan ini secara berterusan setiap bulan, pihak kami menyediakan platform yang lebih mudah iaitu secara potongan "Autodebit , DirectDebit atau Recurring"
2. Untuk bayaran kali pertama penajaan ini, pihak Tuan/Puan boleh lakukannya di pautan berikut seperti yang disediakan.
3. Setelah itu pihak kami akan menghubungi Tuan/Puan untuk proses pemotongan melalui sistem Autodebit,DirectDebit atau secara Recurring bersama Aman Palestin Berhad.


APA KATA PARA PENAJA?


"Bagaikan satu hijrah dalam diri saya dan keluarga kerana kesannya amat terasa.Semenjak membiayai anak yatim Palestin, pintu rezeki saya seperti terbuka luas. Saya sentiasa merasa bahagia dan diberkati ketika bersama keluarga dan rakan-rakan". 

Dr.Naffisah Mohd Hassan|Penaja Anak Yatim|MALAYSIA

"Alhamdulillah, dengan kemudahan yang Allah berikan kepada saya dan isteri dalam membantu keluarga yatim di Palestin, Allah membalas dengan ganjaran cahaya mata buat kami. Tidak rugi membantu kerana balasannya tidak lain hanyalah kebaikan untuk kita".

Bapak Xeno|Penaja Anak Yatim|INDONESIA

"Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan Aman Palestin dalam Projek Kafalah ini. Mendapat surat daripada keluarga & anak-anak yatim tajaan saya cukup menggembirakan saya walaupun saya tidak pernah mengenali mereka. Mereka adalah keluarga & anak-anak seagama saya".

Norlidah Mohd Salleh|Penaja Anak Yatim|SINGAPURA


=================================================================================


AYUH, USAH BERLENGAH LAGI!!!
JOM KITA SAMA-SAMA BANTU TAJA MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP!

MOGA ASBAB DOA-DOA MEREKA SEBAGAI ANAK YATIM DAN PENDUDUK DI BUMI BARAKAH INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEBERKATAN HIDUP DAN KEMURAHAN REZEKI KITA DUNIA AKHIRAT.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”


ANDA JUGA BOLEH!
CEPAT SERTAI JOM TAJA INI
HARI INI!


Perlukan bantuan?